Suatu peristiwa, Maulana Asyik Ilalvi Meerut (rah.alaih) telah bertanya beberapa soalan kepada Hadratji Maulana Ilyas (rah.alaih). Maulana Abdul Rahim Raipuri (rah.alaih) dan Syaikhul Hadith Maulana Zakariyya (rah.alaih) juga berada disitu.
Maulana Asyik Ilalvi (rah.alaih) berkata,”Dakwah Tabligh adalah kerja mulia. Kami mengakuinya. Kami sedikit pun tidak menafikan atau membantahi akan kepentingannya. Ia adalah sangat penting dan sangat bermanfaat. Tetapi Tuan telah melampaui batas. Tindakan Tuan berlainan daripada ‘elders’ kita sebelumnya. Keseluruhan masa Tuan dihabiskan didalam Tabligh. Tuan langsung tidak memberi perhatian (kepentingan) kepada madrasah ataupun ‘khanqah’ “.
Mendengar ini, Hadratji Maulana Ilyas (rah.alaih) sambil marah berkata, “Saya terpaksa membuat segala-galanya bagi pihak tuan-tuan semua yang tidak mahu membuatnya walau mengakui kerja tabligh ini suatu yang penting”. Seterusnya, perbalahan dengan suara yang agak tinggi berlaku di antara mereka. Setelah masing-masing berdiam diri, Syaikhul Hadith berkata, “Saya bersetuju dengan bantahan Maulana Meerut dan tuan-tuan memang mengetahuinya”.
Hadratji (rah.alaih) kembali menjadi marah setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Maulana Zakaria (rah. alaih). Maulana Zakaria (rah.alaih) berkata lagi, “Kerja sama ada berkaitan agama atau dunia tidak akan berhasil dengan baik sekiranya semasa melakukannya, tumpuan diberi juga kepada berbagai perkara yang lain. Hasil kerja akan menjadi baik hanya jika melakukannya dengan hati yang penuh tumpuan. Oleh itu, sesiapa saja yang benar-benar bertanggungjawab untuk sesuatu perkara, sepatutnya melakukannya dengan sepenuh hatinya dan sepenuh tumpuan. Dia kena menjadikan dirinya semata-mata untuk kerja itu. Oleh itu, para ulama terdahulu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perkara yang mereka lakukan”.
Maulana Abdul Rahim Raipuri (rah.alaih) berkata, “Memang benar apa yang kamu katakan itu”. Syaikhul Hadith berkata lagi dengan penuh hikmah, “Oleh itu, bapa saudara saya (Hadratji Maulana Ilyas rah.alaih)) memberikan sepenuh tumpuannya untuk tabligh. Tuan-tuan telah bersetuju bahawa sesuatu perkara tak akan berhasil jika tidak diberikan tumpuan sepenuhnya”. Mendengar ini, kedua-dua mereka, Maulana Meerut (rah.alaih) dan Hadratji Maulana Ilyas (rah. Alaih) telah ketawa.
[Maulvi SS. Muhammad Syeikh Abdullah Bin Muhammad Hafifa, ‘1000 Kisah Hadradji (Rah): Bahagian Pertama’, Klang Books Centre, 2009. ISBN 978-983-61-0169-3]
Tuesday, October 19, 2010
Sunday, September 5, 2010
Surat Mufti Negeri Sembilan
SURAT MUFTI NEGERI SEMBILAN
(Salinan dari surat asli Rujukan (4) dlm JMKNNS 209(01)747/1 jld.2
Tarikh 16hb Zulhijah 1423/18 Februari 2003
Tuan Nazir, AJK dan Pegawai Masjid
Semua Masjid dan Surau
Di Negeri Sembilan Darul Khusus
(Assalamualaikum Wm Wb)
Tuan,
USAHA JEMAAH DAKWAH DAN TABLIGH DI MASJID DAN SURAU DI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sehubungan dengan itu, jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan memang menyokong usha jemaah dakwah dan tabligh di Negeri ini. Usha dakwah dan tabligh ini adalah satu usha yang baik untuk memakmurkan masjid serta surau dan ini memang membantu usha-usha kami.
3. Memahami perjalanan usha dakwah dan tabligh ini tidak memerlukan pertauliahan. Jadi kami berharap pihak AJK Masjid dan Pegawai Masjid memberi segala kerjasama kepada jemaah dakwah dan tabligh yang datang serta usha-usha dakwah dan tabligh tempatan di kariah tuan.
4. Dengan kerjasama dari pihak tuan itu terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih.
“BERSAMA HAYATI KEINDAHAN ISLAM”
Saya yang menurut perintah,
-----------------------------------------------------
(DATO’ HJ MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7652420/7652421/7652425/7652426
Fax: 05-7652427
E-mail:jmknns.tm.net.my
[disalin dari buku ‘MARI berTABLIGH’, tulisan Hj Hanapi USM/Kolej Chermai (Hj Md Hanapi Md Noor), Pencetak Engsin Printing Press, Mak mandin, Penang. 2010. ISBN: 878-967-99941-1-7]

Tuesday, August 31, 2010
6 Fast of Shawwal
6 Fast of Shawwal
Hadhrat Abu Ayub (radiyallahu anhu) reportes that Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) said:
“Anyone who has kept the fasts of Ramadān and follows them up with six (optional) fast of Shawwal then (he will get the reward for the fast of a whole year, but if he does that always) it is as if he fasted all his life.
(Sunan Abi Dawud, Vol.1, Pg330, HM Saeed)
Hadhrat Saubān (radiyallahu anhu) reportes that Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) said:
”Joining six days of the fasts of Shawwal is equal to the fast of the whole year. Each good act is equal to ten such acts”.
(Sunan Ibn Mājah, Pg.124, Dārul Qurān wal Hadith)
The reward of each good deed is multiplied at least ten times. Therefore, thirty days of fast in Ramadān equals three hundred days and the six fast of Shawwal equal sixty. Thus, totaling to three hundred and sixty days, which is the total amount of days in a lunar year.
[http://askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=f6e81698acc482c362fa092c8a15efff, 2010]

Tuesday, April 13, 2010
Khalifah Umar bin Abdul Aziz Solat Istikharah 40 hari
Ketika (Khalifah)Umar bin Abdul Aziz memerintah (dari 99 hingga 101 Hijrah), beliau telah mengerjakan solat Istikharah selama empat puluh (40) hari memohon petunjuk dari Allah, sama ada beliau patut mencatitkan hadith atau tidak. Beliau meneruskannya sehingga beliau merasakan keizinan dari Allah. Beliau kemudiannya mengarahkan Abu Bakr bin Muhammad bin Umar bin Hazm (m 120H), penguasa Madinah ketika itu, untuk mencatit hadith…
[Terjemahan bebas, Sirat Ibnu Hisham, terjemahan Inas A. Farid, terbitan al-Falah Foundation for Translation, Publication & Distribution, Kaherah, Mesir, 2000, m/s VI. ISBN 977-5813-80-8]
[Terjemahan bebas, Sirat Ibnu Hisham, terjemahan Inas A. Farid, terbitan al-Falah Foundation for Translation, Publication & Distribution, Kaherah, Mesir, 2000, m/s VI. ISBN 977-5813-80-8]
Sunday, March 14, 2010
Kepentingan taat
"Terdapat kuasa tersembunyi yang hebat didalam arahan orang-orang alim, yang engkau jangan sama sekali tolak. Laksanakannya dengan niat untuk mentaati perintah, dengan menumpukan terhadap beratnya (kepentingan) arahan tersebut dan pemerhatian terhadap kebaikan akhlak yang sempurna; (hendaklah) selalu menganggap dirimu tidak berkelayakan didalam berhadapan (dan memikul tanggungjawab) perintah-perintah agung tersebut. Inilah kebiasaannya."
[Terjemahan bebas, jawapan Maulana Ilyas r.alaih kepada soalan dari Maulana Zakariyya r.alaih. Soal-jawab yang lengkap di
http://www.inter-islam.org/Miscellaneous/MNE/V1L1.htm ]
[Terjemahan bebas, jawapan Maulana Ilyas r.alaih kepada soalan dari Maulana Zakariyya r.alaih. Soal-jawab yang lengkap di
http://www.inter-islam.org/Miscellaneous/MNE/V1L1.htm ]
Subscribe to:
Posts (Atom)